Friday, 10 January 2014

IKHLAS DARI AKU

Assalamualaikum....

Hari ni dah 10 January
Lepas dah tarikh 8 January 2014 
Tarikh yang agak bermakna..
Tapi sekarang tidak lagi....

Niat untuk kekal dan ke jinjang pelamin seterusnya sampai akhir hayat tidak lagi dapat direalisasikan bersama..

Kami sudah memutuskan untuk berhenti di sini..
Walaupun perit untuk ditelan..
Terpaksa juga kami lakukan...

Bukan mudah untuk kekalkan sesuatu hubungan selama tempoh dekat dua tahun..

Segalanya yang telah dirancang 
Umpama roboh ditelan janji yang tak mungkin akan dapat dikotakan.. 

Semoga kamu dipertemukan dengan wanita yang lebih baik dari aku.. 
Aku cuma dapat berdoa agar kau bahagia.. 
Teguh iman.. 
Dan jadi anak yang soleh..

Hubungan kita dulu bukan satu kesilapan..
Tapi menjadi satu titik permulaan untuk kita jadi lebih dewasa 

Mungkin aku bukan rusuk yang telah ditakdirkan untuk kau.. 
Dan kau mungkin bukan imam aku selamanya.. 

Semoga Allah memberkati diri kamu, keluarga mu 

Ikhlas dari AKU

No comments:

Post a Comment