RESEPI KOREAN SPICY FRIED CHICKEN


Asalamualaikum semua...
Harini nak kongsikan resepi yang paling aku suka. ayam goreng pedas korea
sebenar nye aku x la gemarkan makan pedas2 ni, tapisebab sedapkan aku tersuka la. Suami, adik beradik, adik2 ipar semua suka. mmg rasa x 100% mcm korea tu..
Tapi aku dah ubah rasa tekak2 melayu sikit
Ye la x semua resepi asal sedap kan...

yang ni ayam versi aku tau...

bahagian paling aku suggest bahagian wing senang nak handle dan masak pun x lama

nak guna bahadian lain????
boleh..
tapi kalau nk bahagian yg berdaging tu kena makesure masak betol2. bahagian peha pula aku x berapa gemar sbb jus2 ayam nye susah nk kering. lambat la nk menggoreng, ye la sbb nk niaga kan..

apa pun jom lihat resepi :




KOREAN SPICY FRIED CHICKEN

Bahan2 sos korea
- 3 biji bawang putih (tumbuk halus)
- 3 sudu cili powder (bancuh dgn setengah cawan air)
- 2 sudu sos cili
- 1 1/2 sudu cuka
- 1 sudu gula perang (kalau x de boleh guna gula biasa, tapi tambah lg sesudu madu)
- 1 1/2 sudu madu
- garam secukup rasa

1. tumis bawan putih smpai garing dan masukkan cili powder.
2. agak2 cili dah pecah minyak letak sos sambil2 tu kacau dgn api sederhana. hati2 sebab cili tu akan memercik mercik, so guna api slow je. tumis smpai garing
3. tambah gula perang dan sedikit air untuk cairkan sikit kuah.
4. seterusnya letak garam, cuka dan madu. kacau sampai agak2 likat sedikit.


** rasa ikot tekak kalau nk manis tambah lg gula..kalau nk pedas tambah la lg serbuk cili. biarkan sos tu menyejuk. selalunya sebelum nak salut ayam tu aku selalu biarkan ayam dgn sos sejuk baru la boleh gaul2.. sbb x nk crispy2 ayam tu lemau sbb gaul panas2.. baru syok nk makan nnti


Bahan2 ayam goreng
- 6 ketul ayam bahagian kepak (potong bahagian kepak dgn drummet. jd dapat 12 ketul ayam)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- tepung BESTARI (boleh guna tepung instant lain ye)

1. perap ayam dgn halia selama 15 minit.
2. gaul2 ayam dgn tepung bestari. resepi asal dia pakai bnyak bahan, so aku guna jalan senang pakai satu tepung je. kenapa pilih bestari? sbb senang dia boleh goreng tanpa telur dan still boleh dapat crispy2 mcm ayam kfc tu
3. goreng guna minyak yang banyak untuk dpt kesan krispi yang cantik tu..
4. angkat dan ketipkan.


Bahan2 untuk salut ayam
bijan disangai
daun bawang di potong kecil2

1. gaul ayam dgn sos dgn cermat sbb x nk crispy tepung tu lekang dr ayam.
2. letak dlm pinggan taburkan bijan dgn daun bawang untuk perhiasan





*** ada yg tanya kalau x letak bijan x pe ke? jawapan nye NO! jgn sesekali ingkar resepi sbb bijan tu bagi satu rasa yg lain. membantu gak menaikkan rasa ayam korea tu

*** resepi ni cuma olahan aku sahaja. eloklah mana yg nk sgt rasa kores tu boleh la dptkan pes cili korea original dan buat la seperti resepi original korea..


ni la hasil jualan ayam korea tu

thanks :')

Comments

  1. Replies
    1. maaf baru baca. boleh. tp kena extra effort la.
      kalau tepung gandum kena letak baking powder, garam, lada hitam, tepung beras sikit.

      Delete
  2. Berapa rm tuu sebungkus....sedap laa

    ReplyDelete
  3. BERAPE YER JUAI SEBUNGKUS MCM TU

    ReplyDelete
  4. saya jual area kuala selangor, selangor dan lumut perak

    ReplyDelete
  5. SOS Dia Boleh Tahan Bpew Lama Yew

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan kat suhu bilik seharian, kalau masuk peti beku boleh tahan la sebulan..

      Delete
  6. Thank you sis share resepi. Alhamdulillah menjdi and sedap sgat.🥰

    ReplyDelete
  7. Salam sis, Sudu tu Sudu besar atau Sudu kecil?

    ReplyDelete

Post a Comment