Wednesday, 27 September 2017

RESEPI KOREAN SPICY FRIED CHICKEN


Asalamualaikum semua...
Harini nak kongsikan resepi yang paling aku suka. ayam goreng pedas korea
sebenar nye aku x la gemarkan makan pedas2 ni, tapisebab sedapkan aku tersuka la. Suami, adik beradik, adik2 ipar semua suka. mmg rasa x 100% mcm korea tu..
Tapi aku dah ubah rasa tekak2 melayu sikit
Ye la x semua resepi asal sedap kan...

yang ni ayam versi aku tau...

bahagian paling aku suggest bahagian wing senang nak handle dan masak pun x lama

nak guna bahadian lain????
boleh..
tapi kalau nk bahagian yg berdaging tu kena makesure masak betol2. bahagian peha pula aku x berapa gemar sbb jus2 ayam nye susah nk kering. lambat la nk menggoreng, ye la sbb nk niaga kan..

apa pun jom lihat resepi :




KOREAN SPICY FRIED CHICKEN

Bahan2 sos korea
- 3 biji bawang putih (tumbuk halus)
- 3 sudu cili powder (bancuh dgn setengah cawan air)
- 2 sudu sos cili
- 1 1/2 sudu cuka
- 1 sudu gula perang (kalau x de boleh guna gula biasa, tapi tambah lg sesudu madu)
- 1 1/2 sudu madu
- garam secukup rasa

1. tumis bawan putih smpai garing dan masukkan cili powder.
2. agak2 cili dah pecah minyak letak sos sambil2 tu kacau dgn api sederhana. hati2 sebab cili tu akan memercik mercik, so guna api slow je. tumis smpai garing
3. tambah gula perang dan sedikit air untuk cairkan sikit kuah.
4. seterusnya letak garam, cuka dan madu. kacau sampai agak2 likat sedikit.


** rasa ikot tekak kalau nk manis tambah lg gula..kalau nk pedas tambah la lg serbuk cili. biarkan sos tu menyejuk. selalunya sebelum nak salut ayam tu aku selalu biarkan ayam dgn sos sejuk baru la boleh gaul2.. sbb x nk crispy2 ayam tu lemau sbb gaul panas2.. baru syok nk makan nnti


Bahan2 ayam goreng
- 6 ketul ayam bahagian kepak (potong bahagian kepak dgn drummet. jd dapat 12 ketul ayam)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- tepung BESTARI (boleh guna tepung instant lain ye)

1. perap ayam dgn halia selama 15 minit.
2. gaul2 ayam dgn tepung bestari. resepi asal dia pakai bnyak bahan, so aku guna jalan senang pakai satu tepung je. kenapa pilih bestari? sbb senang dia boleh goreng tanpa telur dan still boleh dapat crispy2 mcm ayam kfc tu
3. goreng guna minyak yang banyak untuk dpt kesan krispi yang cantik tu..
4. angkat dan ketipkan.


Bahan2 untuk salut ayam
bijan disangai
daun bawang di potong kecil2

1. gaul ayam dgn sos dgn cermat sbb x nk crispy tepung tu lekang dr ayam.
2. letak dlm pinggan taburkan bijan dgn daun bawang untuk perhiasan





*** ada yg tanya kalau x letak bijan x pe ke? jawapan nye NO! jgn sesekali ingkar resepi sbb bijan tu bagi satu rasa yg lain. membantu gak menaikkan rasa ayam korea tu

*** resepi ni cuma olahan aku sahaja. eloklah mana yg nk sgt rasa kores tu boleh la dptkan pes cili korea original dan buat la seperti resepi original korea..


ni la hasil jualan ayam korea tu

thanks :')

Thursday, 21 September 2017

RESEPI PIZA SIMPLE FRESH HOMEMADE

assalamualaikum...
hari ni aku nak post pasal resepi pizza supper sedap lagi sedap dari kedai2 piza
boleh add on topping, cheese extra dan lain lain

sebelum ni dok beli je pizza kat D*****S, P**** H** mesti tak menepati citarasa melayu kita.
so hari ni aku nk bg tau resepi aku tang aku buat untuk niaga kecil2 dulu waktu sebelum bersalin tahun lepas.

pelanggan pun kata roti nye gebu dan tak liat bila sejuk.



jadi jom rujuk resepi

RESEPI PIZA (untuk 3 biji piza)

doh
4 cawan tepung roti / tepung high protein
3 sudu planta / margerin
1 peket yis
sedikit air suam
1/2 sudu bread improver (penting nk roti lembut gebu dan cantik)
1/4 sudu garam

1. larutkan yis dgn garam dlm air suam. agak2 dia berair je, tunggu 5 minit bertindak balas. kalau berbuih tu maknanya yis tu hidup. kalau x de buih, yis sama mcm mula2 rendam tu elok buang je. tukar baru sebab nnti doh x naik ye. kena perhati je yis tu berbuih ke tak sbb proses ni paling penting

2. sementara tunggu tu kita boleh la campurkan tepung, planta, bread improver. gaul smpai mcm serbuk roti tu, berderai je tekstur dia. agak2 yis dah berbuih cantik kita masukkan la yis tu kedalam campuran tepung tadi

3. uli semua bahan2 kalau rasa mcm kurang air tu letak sikit2. jgn smpai lembik sgt ye. agak2 boleh dicaia kan tu dah okey la air nye. lupa pula sukatan air ni, tapi aku selalu buat piza jarang ikot sukatan. agak2 mcm kurang air ye tambah je air, lembik sgt letak la tepung

4. kita biarkan la doh tu mngembang, simpan dlm bekas kedap udara ke, atau tutup guna kain basah dlm 15 minit. lepastu tu uli balik, kita tumbuk2 nk bagi angin keluar dlm doh tu. sbb nk bagi doh tu cantik.

5. rehatkan lagi doh tu dlm 30 minit. lepastu uli, tumbuk2 lagi doh tu. tak apa uli bnyak kali, sbb nnti doh nye gebu dan cantik

6. okey mulakan proses mencanai dan sebelum tu kita bahagikan doh tu ke tiga bahagian. boleh la jadi 3 piza. canaikan doh kasi leper2 sikit. lepas canaikan masukkan dlm loyang pembakar piza tu. selalu akan jadi saiz 9' x 9'. ikot la kalau ada loyang piza yg mana.

7. restkan sebelum dibakar dlm seminit dua









topping
sos pasta prego
cheddar cheese - parut
sosej - di potong
lada benggala - di potong
cendawan - potong
nanas - potong
mozarella shadded

1. sapu sos pasta dulu atas doh piza, letak cheddar nak bagi lemak rasa pizza ni. ada org letak mozarella je tapi rasa dia tak berapa kick la

2. susun la segala jenis bahan2 toping mcm sosej, cendawan, nanas dan lada benggala

4. akhir sekali baru la bubuh mozrella sebagai finishing

5. bakar selana 15 minit dgn duhu 150 darjah celcius

6. sedia untuk dipotong


 sebelum dibakar


 taraaaaaaa... jadi la piza kosong untuk si kecik


 ni version mak bapa dia complete semua benda ada


TERIMA KASIH yang sudi baca :')

Thursday, 16 April 2015

mimpi

assalamualaikum

aku ada mslh dgn mimpi ni
lately aku kerap mimpi
semua mimpi dlm pasal baby

tak tahu kenapa.
bukan dua tiga kali
lebih drpd tu lagi

aku on clueless sgt pasal bnda ni
bkn aku ni niat nk fikir bnda tu je
tapi bnda ni x sengaja mengganggu fikiran aku

ad mmpi tu yg baik
ad yg buruk
wallahualam lah
aku tak dpt tafsir kan

yg aku percaya qada' qadar aku je

kalau ada yg boleh jelas kan, aku harap sgt boleh maklumkan kt aku

Friday, 3 April 2015

one step closer

hemmmphhh

patutnya aku bahagia.
gembira.

tapi.....

aku tak tahu kenapa aku rasa mcm kosong je
bahagia tu aku rasa mcm kejap je

mungkin aku yg feeling lebih kot.
mungkin lah...

rasa mcm aku sendiri je
tak ada siapa nak faham dan layan apa kemahuan aku

salah ke aku minta apa yg org lain dapat

cuma lebih sikit perhatian
faham kemahuan aku
aku tak minta banyak
sikit pun jadi lah

nmpak x aku tak reti bersyukur kan?
hahaha
tapi tu kemahuan aku

aku tak paksa.
tapi aku harapkan itu

eh
aku kan dah besar.
tak elok lah minta bukan bukan

okay lah.
gtg
sys

Monday, 25 November 2013

welcome to twitter

Assalamualaikum...
Hari ni gamak nya tido lewat lah....

Hari pn dah nak siang.. kuikuikui...

Dan sekarang aku tgh bg sedikit ilmu bertweet kat sorg kawan aku ni...
Bertweet tu seronok la..

Tp yg c seronoknya bila x ad internat...


Teeeetttttt


Tu betul.....

Memang mati kutu kalau x ad 
internet

Sekarang ni mmg semuanya pakai internat... 
Nak mohon kerja kena isi borang online 
Nak slip gaji kena online baru boleh print 

Semua tu kalau x ad internat mcm ne nk buat semua tu???? 

Apa apa pun.. 
Aku ni dah lari dari tajuk 

Aku ajar kawan aku ni buat acc twitter.
Dah mcm ne nak guna,. 
Bisan gak selalu guna fb je..
So.. x salah kan cuba baru 
Apa apa pun.. welcome tutwitter 

Sekian

Sunday, 24 November 2013

dugaan demi dugaan


D U G A A N

sayang atau cinta / hati vs tanggungjawab


dugaan..
memang senang nak diungkapkan..
tapi payah nak tempuhi

tak semua apa yang kita ingin
apa yang kita impi kita akan dapat

"satu kebahagiaan perlukan PENGORBANAN"

tu yang aku pegang

bagi aku..
aku terlalu muda untuk berdepan masalah ini..

tapi..
kalau cinta yang aku terpaksa pilih..
aku terima..

kalau pengorbanan yang aku pilih..
terpaksa aku hadapi

aku hanya mampu berdoa..
:')