PENGALAMAN ANAK BUAT SWAB TEST COVID BUAT HATI MAMA NAK RUNTUH

 Assalamualikum dan salam sejahtera semua..

hari ni aku nak share pengalaman anak aku admit ward dan pertama kali buat sab test covid ogos lepas.

anak aku yg kedua, Aufa Naira demam batuk lama. dekat sebulan dia tak sihat sihat.


kisah bermula dari 25 JULAI, aku balik kampung untuk hadiri majlis kenduri kahwin adik saudara aku dekat Meru Klang.

masa ni kes covid tak mcm skg la sampai 1k kes sehari mcm hari ni bulan NOV.

masa tu kes mcm dah cool down dan majlis perkahwinan dibenarkan diadakan.

mulanya aku dgn suami agak keberatan nak pergi, tapi sebab fikirkan pakcik aku tu first time kahwinkan anak.

so aku decide pergi juga tapi agak lewat la, dlm pukul 3 ptg baru kami sampai.

masa tu tetamu dah tak ramai sgt. jadi kami pun buat mcm biasa.

balik dr kenduri kami balik terus ke Lumut untuk kerja seperti biasa.


minggu depan tu aku dah start tak sedap badan dan demam.

lepastu selang beberapa hari Aufa pulak demam semua.

aku demam tak lama, lepastu dah kebah.

tapi aufa masih demam lagi diikuti anak kedua aku, kakak Biha demam.

masa tu aku dah tak sedap hati sbb Aufa dah mula sakit mata.

aku terus bawa anak anak ke hospital lumut.

kakak biha tak ada apa apa cuma demam biasa.

aufa cuma dapat ubat batuk dan demam je. sakit mata tu cuma jangkitan kuman dekat saluran air mata.


seminggu berlalu dan anak aku yg kedua tu masih tak kebah demam dan batuk. demam kejap baik kejap panas balik.

weekend tu aku balik kampung untuk hantar adik ipar ke matrik.

balik dari matrik negeri sembilan anak anak aku kembali demam panas.

esok pagi tu aku bawa anak anak aku terus ke hospital.

kakak biha cuma demam biasa, dibagi pulang ke rumah.

tapi Aufa kena warded sebab result xray paru paru dia tak cantik.

ada kuman dalam paru paru.

jadi bermalam la kami di hotel hospital tanjong karang.


masa ni pelawat tak boleh nak jumpa.suami pun hantar barang je boleh.

terpaksa bawa tikar untuk tidur dah solat. mana mau dia nak tidur atas kerusi. sakit pinggang aku nanti.

 masa ni bilik ISO A ada org gak.

tak ada gambar masa prosedur sbb aku kena pegang anak supaya anak tak meronta

elok je dia lepas swab test. 

kami diberikan bilik isolasi. dalam bilik tu ada satu katil sahaja. hanya kami berdua je yang ada dalam bilik tu.

Aufa diberikan antibiotik dan ubat demam batuk.

hari kedua doktor datang bagi penerangan yang Aufa kena buat Swab test covid untuk pastikan dia bukan sakit jankitan daripada wabak covid19.

aku pun akur la, tapi risau yg anak aku boleh handle ke masa test tu dibuat.


doktor pun explain prosedur test tu mcm mana.

dlm bilik tu hanya aku, anak aku, seorang doktor dan seorang nurse je yang terlibat buat test tu.

doktor dan nurse full pakai sut PPE.

aku ditugaskan untuk balut anak aku supaya tak meronta ronta masa sample tu nak diambil.

mana yg tak pernah tgok ni la contoh kit swab test covid. aku ambil dari google. hehe


masa kejadian anak aku tgh tidur. jadi senang sikit nak uruskan dia.

mula mula nak ambik sample kat hidung tu anak aku baru terjaga, dia terus meronta ronta.

untuk sample mulut tu anak aku dah menangis teruk, senang kerja doktor nak ambil sample sbb dia dah buka mulut.

aku yg sememangnya lemah lutut kalau tengok prosedur rawatan ni terus berani tgok step swab test ni.

alhamdulillah doktor yang ambil sample ni memang cermat, anak aku tak terluka pun hidung dan lelangit mulut.

memang kemas dan berhati hati doktor dan nurse yang buat tu.

anak aku pun lepas selesai terus diam, cuma bersin bersin je lepas tu.

yg aku perhati dia mcm berus basuh straw tu. benda ni la yang dimasukkan dlm hidung dan muluk untuk ambil sample

sample dihantar terus ke Hospital Sg Buloh, dan doktor bagi 24 jam tempoh menunggu keputusan.

hari ke tiga anak dah tak demam dan aktif mcm budak lain.

akhirnya keputusan swab test keluar dan anak aku negetif. alhamdulillah.

cumanya anak aku di diagnosis pneumonia atau jangkitan kuman dlm paru paru.

8 Ogos anak aku dah boleh pindah wad kanak kanak biasa sebab nak bagi bilik kat new case suspect covid.

tapi aku minta discharge awal sbb nak balik lumut. suami kena kerja esoknya.

sebelum balik tu petugas pusat covid Kuala Selangor call aku nak comfirm yg aku dah discharge dan di transfer case anak aku ke pusat covid19 Manjung untuk follow up.

so anak aku masuk la dalam statistik org negetif yang sudah menjalani test covid.hehe

doktor sarankan anak aku kurangkan berada tempat yg sesak dgn asap dan rokok.

mostly kebanyakkan kanak kanak banyak yg kena sakit ni.

aku sebagai ibu ni akan lebih berjga jaga nak bawa anak ke mana mana lepas ni. 

kurangkan ke tempat yg sesak dah tertutup lagi lagi musim covid ni.

memang seram nak bawa anak keluar.

jadi duduk rumah lagi selamat.


sekian la pengalaman anak aku buat swab test covid19. terima kasih semua yg sudia baca.

amalkan norma baru dan elakkan 3 S

1. SESAK

2. SEMPIT

3. SEMBANG DEKAT



Comments