TAUHU BEGEDIL MUDAH DAN SEDAP

Assalamualikum dan salam sejahtera.

jom kita buat tauhu begedil yang sedap dan mudah cara aku.

gerenti tak menyesal dan boleh makan berketul ketul sekali makan.

selalu aku buat tauhu ni satu pek dapat 4 ke 5 org makan.


aku selalu beli tauhu kering ni kat tesco. kat situ ada dua jenama dan masing2 dua saiz yang berbeza.

korg boleh beli je kat  tesco dan tesco ada perkhidmatan shopping online.

ni link dia ๐Ÿ‘‡ ๐Ÿ‘‡ ๐Ÿ‘‡ ๐Ÿ‘‡

tekan sini


tauhu ni satu pek dalam rm4 lebih. dapat buat banyak.


BAHAN BAHAN:

tauhu goreng sepeket

kentang 5 biji(buang kulit dan goreng siap)

ayam (cincang ayam kalau nak sedap boleh gantikan dgn daging)

bawang merah 3 biji (dihiris)

bawang putih

ikan bilis/udang kering

telur

lada sulah

daun sup (dihiris halus)

gula 

garam


CARA CARA:

1. goreng kentang dulu dan lenyek sampai hancur.

2. tumbuk bawang putih, ikan bilis. tumis bawang merah yg dihiris tadi sampai layu, masukkan bahan bahan yang ditumbuk tadi. 

3. dah garing tumisan tadi masukkan ayam, tumis sampai masak. letak lada sulah secukupnya.

4. perasa dengan gula garam. dah cukup rasa angkat. masukkan bahan tumisan tadi dgn kentang yg dilenyekkan. gaul sebati, masukkan daun sup sekali.

5. gunting sikit tauhu goreng tadi untuk masukkan isi kentang tadi. buat sampai selesai semua tauhu

6. panaskan minyak, pukul 2 biji telur. celup tauhu yang berisi kentang tadi dgn telur. masukkan ke dalam minyak yang panas tadi.

*pakai minyak banyak sikit untuk gorengan yang cantik.

*nak elakkan isi terburai, letak sampai penuh isi, jangan sampai ada ruang langsung dlm tauhu goreng.

*letak la perasa kalau nak sedap mcm kat kedai. hehehe


BAHAN BAHAN SAMBAL KICAP:

bawang merah 2 biji

bawang putih 2 biji

cili api 20 biji

belacan seinci

gula melaka

sos tiram

kicap


CARA CARA:

1. kisar bawang, cili, belacan dan tumiskan dgn minyak sampai garing. masukkan sos tiram sesudu.

2. masukkan gula melaka, tumis sampai masak. masukkan akhir sekali kicap dan sedikit air. masak sampai sambal likat. siap

*kalau sambal agak cair atau termasukkan lebih air, boleh letak tepung jagung untuk pekatkan sambal.

*tak perlu letak garam sebab kicap dah masin, belacan pun dah masin.


okey selamat mencuba uolls.

simple tapi bila makan tak boleh berhenti.

next kita buat tauhu ayam pulak ye๐Ÿ˜‹

Comments